Saturday, June 19, 2010

MYSPACE

Aku mula-mula sign up Myspace ni masa aku kat Putrajaya, maybe masa tu aku baru form 2. Semua orang dalam kelas tanya aku, "ko ade Myspace akghr?" Aku agak blur juga bila first time dengar orang tanya soalan macam tu. Mula-mula aku tak hingin pun nak wat Myspace ni. One day, aku suka dekat seseorang ini. Aku text dengan dia, dia pun tanya soalan yang sama. Demi dia aku buat juga.




Mula-mula aku memang tak reti guna langsung tetapi Hamdan Syakirkirin mengajar aku macam mana nak guna. Makin lama aku semakin bijak dan jitu menggunakan Myspace. Lama kelamaan aku dah start ketagih. Online bla-bila masa saja. Ayah aku mula marah-marah aku sebab aku mengadap komputer sampai ke pagi.




Lepas daripada kes itu, aku jarang online. One day, masa form 2 akhir-akhir tahun, ada seorang ini masuk sekolah aku. Dia nampak cute, dengan mata dia. Pergh. Aku nak sangat nombor handphone dengan emel dia. Akhirnya aku dapat emel dengan nombor dia dari seseorang. Aku pun on la. Aku msg dia, pergh! Dia balas. Aku pun layan. Lepas tu Myspace dia, aku tengok picture profile dia, free hair. Hot gila! Aku pun start tejaga malam. Kekadang sampai ke 3, 4 pagi.


Selepas itu, aku pindah Kuala Lumpur, kita kurang dah chating. Contact pun dah jarang. Aku pun dah tak tahu nak online ini buat apa. Masa itu, Myspace boring nak mati. One day, aku kenal gadis ini dekat kursus. Aku pun add dia, tapi dia ini jenis yang jarang online. Myspace masih boring gila! Aku dah malas gila online Myspace. Aku pun mula berpindah ke Facebook yang lebih meriah sebab sk aku ramai yang ada facebook saja.



One day, aku mula kenal dengan seorang gadis ini dekat Myspace. Dia yang add aku dulu, tugas aku hanya provekan saja. Aku mula chating dengan dia. Ada kemeriahan sikit jika dia ada. Myspace masih boring, tetapi tak seboring dulu sebab ada dia. Dia ini suka on Myspace, aku pun on Myspace dan Facebook. berbanding dengan kedua2 laman sosial ini, facebook best sikit la. Dia pun ada Facebook. kekadang kalau dia punya YM ada prob, kita chating dekat Facebook saja.


Pendapat aku, Myspace untuk orang yang baru nak barmanja-manja dengan laman sosial ini, tak pun untuk privacy. Makin lama makin banyak pihak yang mencuba untuk mencipta laman sosial. Yang paling penting, Myspace boring sebab dia tidak mengikut perubahan masa. Myspace agak ketinggalan sedikit berbanding dengan laman sosial yang lain.

Sekian-